Terma & Syarat
Kemas kini terakhir: 1 Ogos 2026
1. Penerimaan Terma
Dengan mendaftar dan menggunakan SIJIL.pro ("Perkhidmatan"), anda bersetuju untuk terikat dengan terma yang dinyatakan di sini. Jika anda tidak bersetuju, sila berhenti menggunakan Perkhidmatan.
2. Akaun Pengguna
Anda bertanggungjawab menjaga kerahsiaan akaun dan kata laluan anda. Sebarang aktiviti yang berlaku di bawah akaun anda adalah tanggungjawab anda. Maklumat yang diberikan semasa pendaftaran mestilah benar dan kemas kini.
3. Penggunaan Perkhidmatan
- Perkhidmatan ini untuk tujuan menjana dan menghantar sijil digital sah.
- Dilarang menggunakan platform untuk aktiviti menyalahi undang-undang.
- Dilarang menjana sijil palsu atau memperdaya pihak ketiga.
- Dilarang mengganggu prestasi sistem atau pelayan kami.
- Dilarang menggunakan emel platform untuk pemasaran, promosi, blast emel pukal, newsletter, atau apa-apa komunikasi yang tidak diminta oleh penerima. Emel hanya dibenarkan untuk peserta yang mendaftar dengan rela atau diimport secara sah oleh penganjur untuk acara tertentu.
- Dilarang menjual, berkongsi, atau menyalahgunakan senarai emel peserta.
4. Kandungan Anda
Anda mengekalkan hak milik ke atas data peserta, template dan sijil yang anda hasilkan. Anda memberi kami lesen terhad untuk menyimpan dan memproses kandungan tersebut bagi tujuan menyediakan Perkhidmatan.
5. Bayaran & Pelan
Sebahagian ciri mungkin memerlukan langganan berbayar. Caj akan dimaklumkan terlebih dahulu sebelum pengaktifan. Bayaran yang telah dibuat tidak boleh dikembalikan kecuali dinyatakan sebaliknya.
6. Penamatan & Penyalahgunaan
Kami berhak menggantung atau menamatkan akaun anda dengan serta-merta dan tanpa notis jika kami mengesan penyalahgunaan, termasuk tetapi tidak terhad kepada spam, blast emel marketing, aduan penyalahgunaan dari penerima, kadar bounce/complaint yang tinggi, atau apa-apa pelanggaran terma ini. Bayaran yang telah dijelaskan TIDAK akan dikembalikan dalam kes penyalahgunaan. Anda boleh menamatkan akaun anda pada bila-bila masa melalui halaman tetapan.
7. Penafian
Perkhidmatan disediakan "sebagaimana adanya" tanpa sebarang jaminan. Kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian tidak langsung akibat penggunaan Perkhidmatan.
8. Perubahan Terma
Kami boleh mengemas kini terma ini dari semasa ke semasa. Penggunaan berterusan selepas perubahan dianggap sebagai penerimaan terma baharu.
9. Hubungi Kami
Untuk sebarang pertanyaan berkenaan terma ini, sila e-mel kami di hello@sijil.pro.
© 2026 SIJIL.pro. Hak cipta terpelihara.
